Persembahan Galapagos

Rabu, Ogos 03, 2011

Galapagos beraksi di setiap episod rancangan Salih Yaccob Show I Follow di Astro Warna







Salih Yaacob, 50, kini muncul dalam sebuah rancangan bual bicara yang dikemudikan olehnya sendiri menerusi program Salih Yaacob Show... I Follow.

Apa yang pasti program bual bicara bercorak hiburan itu telah bersiaran di Astro Warna (saluran 132) selama satu jam setiap hari Jumaat, jam 9 malam, bermula 8 Julai 2011 lalu.

Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob berkata peluang untuk mengemudikan rancangannya sendiri merupakan peluang yang baik buat peminat untuk mendekati dan mengenailinya lebih mendalam.

"Pada mula Astro menawarkan saya untuk membuat talk show ni pun saya ingat saya dah malas dan rasa seperti sudah terlambat. Yelah, usia saya pun sudah lanjut. Namun bila difikirkan balik, apa salahnya. Lagipun saya selalu menerima permintaan daripada peminat-peminat saya yang mahu saya muncul dalam sebuah rancangan bual bicara seperti ini.

"Ini bukan sahaja peluang yang baik untuk saya memberi hiburan kepada orang ramai dan peminat, malah secara tidak langsung saya dapat mengekalkan popularity radio Sinar FM yang sudah berada di radio rating no. 1 Malaysia," tambahnya lagi.

Program Salih Yaacob Show, I Follow yang akan berlangsung selama 52 episod ini bakal menampilkan ramai selebriti serta terbahagi kepada lima segmen kesemuanya.

Segmen pertama, dikenali sebagai I Follow. Pada segmen ini, pelbagai persembahan membuka tirai pada setiap episod. Persembahan setiap episod berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Antara persembahan yang akan muncul dalam program itu adalah Raja Badli Shah (FreeStyler Footbal) Shakeel (Yoyo) Muaz (Beatbox) Nadarajan & Nadia (India Dance) Odyssey (Breakdance) Persatuan Silat Olahraga (Silat Olahraga) DJ EJIEZ (DJ OKU) dan Amirul (Backpipe).

Segmen Betul Tak? mewarnai segmen kedua Salih Yaacob Show, I Follow. Antara segmen yang utama dalam program ini ialah segmen corat coret. Pada setiap episod, Salih akan berceloteh dengan side kicknya, Mek Kelata atau Nik Sayyidah tentang topik yang dibincangkan. Antara tajuk perbincangan adalah seperti; Rezeki Ramadhan, XXL...Susah Cari Kerja?, Tiba-Tiba Popular, Lembut Tapi Beranak, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan?

Segmen ketiga pula adalah Kembang Sa-Taman. Salih Yaacob akan memberi nasihat berdasarkan surat-surat peminat yang diberikan kepadanya. Salih akan muncul dalam pelbagai watak seperti Mak Neng, Abang Jem dan Wak Jawa, bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh peminatnya.

Manakala Corat Coret di segmen keempat pula akan memeriahkan program bual bicara ini Perbincangan terhadap tajuk perbincangan sama seperti dalam segmen Betul Tak? tetapi kali ini bersama tetamu mingguan. Antara tetamu yang akan hadir di studio adalah; Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn

Segmen kelima yang digelar Lagu Merapu yang diadaptasi daripada segmen di slot Sinar Pagi ini menampilkan Salih menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu yang dialih bahasa ke bahasa Inggeris dengan mengekalkan melodi dan rentak asal lagu tersebut.

Antara lagu yang akan dialih bahasa adalah; Ayam (Jalil Hamid), Angkat Kaki (Sheeda), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan), Si Manis 17 (Jaafar Onn ), Memburu Impian (Kristal), Cinta Tak Kenal Siapa, (Aris Ariwatan) dan Fiona (AC Mizal)

Keseluruhan rancangan Salih Yaccob Show I Follow ini diiringi dari awal hingga akhir oleh Band Galapagos yang terdiri dari Zul bermain keyboard, DjYY - gitar, Omara - Marakas/tamborin/shaker dan Chik - Bonggo/Konga Drum/Kahoon.

Semoga anda semua terhibur.

Jumaat, Mei 27, 2011

GALAPAGOS di Salih Yaccob Show I Follow Astro Warna





Kumpulan GALAPAGOS telah diundang menjadi pemuzik utama di sepanjang rancangan SALIH YACCOB SHOW I FOLLOW terbitan Astro disamping mengiringi artis artis undangan. Buat masa ini sebanyak 20 siri telah selesai dirakamkan di Studio Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya baru baru ini.

InsyaAllah sambungan 32 siri lagi menjadikannya semua 52 siri akan dibuat pada bulan September ini. Kumpulan GALAPAGOS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penerbit dan semua yang terlibat dan memberikan kepercayaan kepada kami. Rancangan ini dijangka akan mula disiarkan di Astro Warna mulai bulan Julai ini.

Sama sama kita saksikan nanti.

Rabu, April 13, 2011

Galapagos di Perlis Indera Kayangan


10 April 2011 -

GALAPAGOS telah diundang buat persembahan di Pertandingan Nyanyian Lagu 60an Loghat Tempatan/Utara terbitan Perlis FM yang berlangsung di Bangunan KWSP, Kangar, Perlis Indera Kayangan.

Persembahan yang bermula dari jam 10.00 pagi berakhir pada jam 5 petang telah menarik ramai penonton dan peserta-peserta pertandingan tersebut.

Galapagos buat kejutan dengan menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Zainal Alam iaitu 'Susu Mambo' dimana anak bungsu Allahyarham Zainal Akhiruddin menyampaikan sendiri lagu ini. Persembahan Galapagos diselang-selikan dengan pertandingan tersebut.


Ahad, Mac 20, 2011

GALAPAGOS bersama Datuk Siti Nurhaliza di Astro Ria 19 Mac 2011

Kumpulan GALAPAGOS telah muncul dalam rancangan Bersama Siti di Astro Ria jam 9.00 malam Sabtu 19hb. Mac 2010.

Rakaman dibuat pada 2 Januari 2011 di Studio Filem Negara Malaysia.

Kami yang terlibat, Zulkipli Omar, Chik dan Omara. DjYY tak dapat bersama kerana ada sesuatu hal yang tak dapat dielakkan.

Chik telah menyampaikan lagu 'Apek Dan Marjina' yang pernah dipopularkan oleh P. Ramlee dan Normadiah dalam filem Ali Baba Bujang Lapok.

Khamis, Februari 17, 2011

Galapagos bersama Dato Siti Nurhaliza di Astro Ria Februari 2011


Pada 2 Januari 2011 lepas, Kumpulan GALAPAGOS telah muncul dalam rakaman TV Astro Ria 'Program Bersama Siti' yang dibuat di Studio Filem Negara Malaysia, Kuala Lumpur.

Saya bersama Zul, Chik turut ditemuramah oleh Datuk Siti Nurhaliza dan kami sama-sama menyampaikan lagu 'Apek dan Marjina'. Rancangan ini dijangka akan disiarkan di Astro Ria pada bulan Februari 2011.

Seorang ahli GALAPAGOS DjYY tidak dapat hadir kerana sesuatu hal yang tak dapat dielakkan. Terima kasih diucapkan kepada pihak Astro dan juga Datuk Siti kerana beri peluang kepada kami.

GALAPAGOS persembahan di PISA Bahagian 2

GALAPAGOS persembahan di PISA Bahagian 1

Ahad, Januari 16, 2011

16 Januari 2011 GALAPAGOS di Bkt Jambul, P. Pinang


16 Januari 2011 - MALAM INI JAM 8.00 saksikan kami GALAPAGOS di depan Pasaraya Mydin, Bukit Jambul, P. Pinang...

Selamat Menonton....

Khamis, September 23, 2010

Jadual Persembahan Galapagos Akan Datang


GALAPAGOS - PERSEMBAHAN AKAN DATANG:

25 September 2010 (10 Pagi - 12 Tengahari) - Dewan Sungai Dua, Butterworth.

25 September 2010 (9.00 Malam - 10.00) - Pantai Bersih, Bagan Ajam, Butterworth.

30 September 2010 (11.00 pagi hingga petang) - Kepala Batas, S. Perai.

30 Oktober 2010 (Petang) - PISA, Pulau Pinang.

Selasa, Ogos 31, 2010

GALAPAGOS Bersama Omar Arif ke Perlis FM dan Kedah FM


GALAPAGOS bersama Omar Arif telah ke Perlis FM dan Kedah FM pada 29 Ogos 2010 lalu. Di Perlis FM mereka disambut oleh Dj Mohd. Shah Syah dan Dj Zura. Kemudian pula ke Kedah FM dan disambut oleh Tengku Abdullah, Faridah Mansur, Dj Ed Kota, Dj Sha, Dj Zaida dan beberapa orang lagi.

Rombongan GALAPAGOS yang terdiri dari Omara, DjYY dan Chik bersama-sama dengan penyanyi Omar Arif telah diberi kesempatan merakamkan ucapan Salam Hari Raya di Perlis FM dan juga di Kedah FM. Album terbaru Omar Arif yang mengandungi single lagu 'Boria Aidil Fitri' turut disampaikan kepada pihak Rakam Khanah dan juga rakan-rakan Deejay.

Gambar: Di Radio Malaysia Perlis FM dari kiri; Dj Mohd Shah Syah, Chik, Omar Arif, Dj YY dan Omara

Ahad, Ogos 08, 2010

Omar Arif Rakam Lagu Irama Boria dengan GALAPAGOS




GALAPAGOS yang baru muncul dengan album terbaru awal tahun 2010 ini tiba-tiba mendapat kepercayaan dari penyanyi/pelakon/pengacara Omar Arif dari Ibukota. Beberapa kali Omar menyatakan hasratnya inginkan sebuah lagu yang berirama boria untuk diabadikan dalam album terbarunya, akhirnya menjadi kenyataan apabila saya (Omara) minta komposer Mat Din mencipta sebuah lagu berirama boria untuknya dan lirik ditulis oleh saya sendiri.

Akhirnya Omar telah menguruskan rakaman album ini dimana GALAPAGOS yang terdiri dari Dj YY, Chik, Omara dan udangan khas Zulkipli sebagai sailor atau penyanyi latar dalam album ini. Lagu 'Boria Aidil Fitri' telah menggunakan rakaman muzik live dengan pemuziknya yang tidak asing lagi dari Malaysia dan Indonesia iaitu; Indre - Piano/Keyboard. Albert Yap - bass. Percassion - Asma. Drum - Frankie dan juga Khalid.

Lagu ini akan berkumandang sempena sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ini dan seterusnya. Menurut Omar salah satu tujuannya untuk memartabatkan boria sebagai kesenian warisan yang tidak asing lagi untuk diperkenalkan ke Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri.

WAJAH Omar Arif sering terpampang di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pembaca berita suatu ketika dulu. Malah suara garaunya menjadi satu tarikan kepada penonton RTM.

Jadi tidak hairanlah Omar, sering diundang mengacarakan beberapa bual bicara, konsert dan dokumentari terbitan RTM dan Astro.

Antaranya ialah Getaran Khas, Konsert Di-Raja Orkestra RTM (2003-2005), Point of View (Oktober hingga Disember 2003), KL 01 (2001), Moving On 2 (1997-2001), Momentum dan Late Nite Chats.

Sebelum ini Omar telah menghasilkan album mini yang berjudul 'Omar Arif The Singles' itu telah dikeluarkan oleh Cakrawala Enterprise Sdn Bhd, manakala penerbit album pula ialah Albert Yap. Dua buah lagu single - 'Satu' dan 'Bila' telah dimuatkan di dalam album itu.

Omar yang sibuk terlibat dalam acara-acara korporat, pengacaraan, serta pengiklanan di Malaysia dan Indonesia, juga pernah membintangi drama 'City of The Rich' sebanyak 200 episod terbitan Antah UTV pada 1999.

Drama tersebut menyaksikan Omar berlakon sebagai anak orang kaya yang bermasalah bersama pelakon handalan seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Mustafa Kamal.

Omar juga pernah membintangi teater muzikal 'Jalan Impian - The Musical' (2005) oleh Farah Sulaiman, sinetron Indonesia 'Syurga Di Tapak Kaki Ibu' (2004) sebanyak 13 episod, drama Thailand 'Sweet Surrender' (1991) sebanyak 26 episod dan filem Thailand 'My Friend A Love Story' (1991) yang diarahkan oleh Kittichak Prim.

Sama sama kita tunggu lagu Omar Arif bersama GALAPAGOS ini....

Selasa, Julai 13, 2010

Album Terbaru Galapagos



Album Galapagos Telah Masuk Pasaran Seluruh Malaysia Hari 14 April 2010.


Bagi Peminat Di Pulau Pinang boleh terus dapatkan Album sulung kami di Artist Record Sdn Bhd , Jalan Dato Kramat ...Pengedar Utama Album Di Kawasan Utara


Terbitan Omara Production ...Edaran Insitech Musicland. Atau dapatkan menerusi Omara 0134220091 atau MY GALAPAGOS ENTERTAINMENT 0195251938

Selasa, November 17, 2009

Galapagos Akan Buat Persembahan Di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas


GALAPAGOS akan mengendalikan acara dan membuat persembahan di Majlis Makan Malam Malaysia Smelting Corp. Bhd. bertempat di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 5hb. Disember 2009 ini.

Selain lagu-lagu dari album terbaru yang baru disiapkan, GALAPAGOS juga akan menghiburkan penonton dengan aneka lagu-lagu dulu dan sekarang secara santai serta sketsa-sketsa jenaka dari YY, Chik dan Omara.

Orkestra P. Ramlee bersama artis-artisnya juga akan turut membuat persembahan pada malam tersebut disamping persembahan tarian-tarian kebudayaan dari Kumpulan Budayasari Pulau Pinang. Konsep persembahan malam tersebut ialah - 1 Malaysia.

Rabu, Oktober 14, 2009

YY Dalam Rakaman Album GALAPAGOS




Deejay YY atau nama sebenarnya Yassier Yusof, Dj RTM Pulau Pinang (Mutiara FM) yang tidak asing lagi di Utara. Beliau juga dikenali sebagai seorang penyanyi dan pengacara disamping kebolehannya bermain muzik. Bersama-sama GALAPAGOS, YY telah diberi kesempatan oleh Omara Production dan Komposer Md. Din As-Sallam merakamkan beberapa buah lagu baru dalam album yang bercorak jenaka ini.

Gambar YY ketika sedang merakamkan lagu di Studio Md. Din As-Sallam baru-baru ini. Album GALAPAGOS dijangka akan berada di pasaran mulai Disember ini. Sebelum ini sebuah lagu raya 'Salam Hari Raya' dari GALAPAGOS telah ke udara di radio-radio menghiasi suasana hari raya yang baru berlalu.

Sabtu, Oktober 03, 2009

GALAPAGOS dalam Nasi Kandar Papdom



GALAPAGOS yang ditubuhkan lebih kurang lapan bulan yang lalu pada mulanya terdiri dari pelakon-pelakon sketsa komedi siri 'Nasi Kandar Papdom' yang ke udara di Radio Malaysia Mutiara FM sejak empat tahun yang lalu.

Chik, YY dan Omara adalah pelakon tetap siri ini sejak ianya mula diterbitkan. YY selaku penerbit menamakan kumpulan ini GALAPAGOS. Selain dari 'Nasi Kandar Papdom', Kumpulan ini juga kerap muncul dalam iklan dan promo di radio.

Gambar: Kumpulan GALAPAGOS sedang membuat rakaman dalam rancangan 'Nasi Kandar Papdom'. Terdiri dari YY - penyanyi utama dan pemain gitar, CHIK - Pelawak/sketsa/pemain bongo dan OMARA - Sketsa dan pemain marakas.

Isnin, September 28, 2009

GALAPAGOS di Lembah Bujang


Pagi 26hb. September 2009, Saya mengambil Imuda dan YY, bertolak dari Pulau Pinang dan disertai oleh Chik yang menunggu di Sungai Petani kami terus ke Lembah Bujang, Merbok, Kedah Darul Aman. Kami singgah di sebuah gerai makan di Lembah Bujang dan sempat bermesra dengan beberapa orang penduduk di situ. Selepas itu kami ke Tapak Perasmian dan Rumah Contoh Pembukaan Fasa B yang letaknya tidak jauh dari situ. Kami menikmati jamuan yang disediakan oleh Bandar Saujana Sdn. Bhd.
Kumpulan GALAPAGOS yang terdiri dari YY, Chik dan Omara memulakan persembahan dengan menyampaikan lagu 'Salam Hari Raya' dari album terbaru keluaran Omara Production. Seterusnya, GALAPAGOS mengacarakan sepanjang persembahan bersama-sama dengan Imuda yang diundang khas membuat persembahan. Selain dari persembahan silap mata, penyanyi undangan Siti Sarah Raisuddin turut menghiburkan penonton di tengahari itu.
Dalam perjalanan pulang, kami singgah di Pasaraya GIANT, Sungai Petani makan dan minum di sebuah restoran kopitiam di situ.

Khamis, September 24, 2009

Temui GALAPAGOS di Sungai Petani 26 September Ini 11 Pagi



Kumpulan GALAPAGOS telah diundang membuat persembahan di Majlis Perasmian dan Rumah Contoh Pembukaan Fasa B bertempat di Taman Lembah Bujang Utama, Sungai Petani, Kedah DarulAman.

Jangan lupa saksikan GALAPAGOS

Pada - 26 September 2009 (Sabtu)

Jam - 11 Pagi hingga 2.00 petang

Tempat - Taman Lembah Bujang Utama, Sungai Petani, Kedah DarulAman.

Artis/Pelawak Imuda dan Penyanyi Sarah Raisuddin juga turut serta.

Selasa, Ogos 18, 2009

GALAPAGOS Akan Meriahkan Hari Raya Dengan Lagu Baru




Dalam diam-diam, Kumpulan GALAPAGOS yang baru ditubuhkan akan muncul dengan album pertama tidak lama lagi. Baru-baru ini mereka sebok membuat persiapan untuk rakaman sebuah lagu baru Hari Raya yang dijangka akan berkumandang sempena kedatangan Hari Raya tidak lama lagi.

Lagu hari raya Ciptaan kompuser terkenal di utara iaitu Md. Din dan liriknya pula ditulis oleh Omara. Chik, YY, RockyDin, Md. Din turut menyanyi disamping sketsa oleh Chik, RockyDin dan Omara. Lagu khas hari raya ini agak lain dari lain kerana Md. Din telah memasukkan unsur irama padang pasir moden.

Rakaman telah dibuat di Studio Md. Din di Tasek Gelogor Seberang Perai. Suasana rakaman penuh dengan ceria walaupun Md. Din menumpukan secara serius untuk menghasilkan album yang berkualiti lagi menarik ini.

Sabtu, Jun 20, 2009

Kumpulan GALAPAGOS



Setelah lebih tiga tahun Kumpulan Nasi Kandar Papadom ke udara di Radio Malaysia Mutiara FM Pulau Pinang akhirnya penerbitnya Yassier Yusof atau YY telah mewujudkan Kumpulan GALAPAGOS yang turut disertai oleh pelakon tetap siri komedi bermesej ini iaitu Chin, Chik, Pak Umaq dan Din. YY sebagai Chin yang gemar menyanyi dan pemain gitar, Rosely Abdullah sebagai Chik pemain bongo dan Omar M. Hashim (Omara) saya sendiri sebagai Pak Umaq tokeh kedai Nasi Kandar Papadom dan pemain marakas.

Saya gembira kerana usaha menubuhkan kumpulan ini akhirnya berjaya. Nama 'GALAPAGOS' diberikan oleh Dejay YY secara sepontan ketika rakaman Nasi Kandar Papadom di Studio RTM Pulau Pinang (Mutiara FM) tidak lama dulu. Saya menyediakan sebuah gitar, bongo, marakas dan sebuah gitar lagi dari RockyDin. Kami juga telah membuat beberapa buah 'jingle' radio untuk Mutiara FM. Kadangkala kami bermain secara sepontan di Kantin RTM tujuan untuk memantapkan lagi persembahan.

GALAPAGOS!

Jumaat, Jun 19, 2009

Galapagos Di Bintang Klasik Zon Utara 2009


Kumpulan GALAPAGOS di Malam Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2009 yang telah berlangsung di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 12 Jun 2009 baru-baru ini. Kumpulan GALAPAGOS telah mengendalikan acara malam tersebut yang juga disiarkan secara langsung ke stesyen-stesyen radio utara iaitu Langkawi FM, Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM, Perak FM dan Klasik Nasional. GALAPAGOS memperkenalkan peserta dan penyanyi undangan secara santai sambil menyanyi, bermain muzik dan berjenaka.


GALAPAGOS terdiri dari Pelawak/Pelakon/Pemuzik: Chik, Pelakon/Pemuzik: Omara, Pengacara/Penyanyi/Pemuzik: Dejay YY dan Penyanyi/Pemain Muzik: RockyDin