Persembahan Galapagos

Rabu, Ogos 03, 2011

Galapagos beraksi di setiap episod rancangan Salih Yaccob Show I Follow di Astro Warna







Salih Yaacob, 50, kini muncul dalam sebuah rancangan bual bicara yang dikemudikan olehnya sendiri menerusi program Salih Yaacob Show... I Follow.

Apa yang pasti program bual bicara bercorak hiburan itu telah bersiaran di Astro Warna (saluran 132) selama satu jam setiap hari Jumaat, jam 9 malam, bermula 8 Julai 2011 lalu.

Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob berkata peluang untuk mengemudikan rancangannya sendiri merupakan peluang yang baik buat peminat untuk mendekati dan mengenailinya lebih mendalam.

"Pada mula Astro menawarkan saya untuk membuat talk show ni pun saya ingat saya dah malas dan rasa seperti sudah terlambat. Yelah, usia saya pun sudah lanjut. Namun bila difikirkan balik, apa salahnya. Lagipun saya selalu menerima permintaan daripada peminat-peminat saya yang mahu saya muncul dalam sebuah rancangan bual bicara seperti ini.

"Ini bukan sahaja peluang yang baik untuk saya memberi hiburan kepada orang ramai dan peminat, malah secara tidak langsung saya dapat mengekalkan popularity radio Sinar FM yang sudah berada di radio rating no. 1 Malaysia," tambahnya lagi.

Program Salih Yaacob Show, I Follow yang akan berlangsung selama 52 episod ini bakal menampilkan ramai selebriti serta terbahagi kepada lima segmen kesemuanya.

Segmen pertama, dikenali sebagai I Follow. Pada segmen ini, pelbagai persembahan membuka tirai pada setiap episod. Persembahan setiap episod berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Antara persembahan yang akan muncul dalam program itu adalah Raja Badli Shah (FreeStyler Footbal) Shakeel (Yoyo) Muaz (Beatbox) Nadarajan & Nadia (India Dance) Odyssey (Breakdance) Persatuan Silat Olahraga (Silat Olahraga) DJ EJIEZ (DJ OKU) dan Amirul (Backpipe).

Segmen Betul Tak? mewarnai segmen kedua Salih Yaacob Show, I Follow. Antara segmen yang utama dalam program ini ialah segmen corat coret. Pada setiap episod, Salih akan berceloteh dengan side kicknya, Mek Kelata atau Nik Sayyidah tentang topik yang dibincangkan. Antara tajuk perbincangan adalah seperti; Rezeki Ramadhan, XXL...Susah Cari Kerja?, Tiba-Tiba Popular, Lembut Tapi Beranak, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan?

Segmen ketiga pula adalah Kembang Sa-Taman. Salih Yaacob akan memberi nasihat berdasarkan surat-surat peminat yang diberikan kepadanya. Salih akan muncul dalam pelbagai watak seperti Mak Neng, Abang Jem dan Wak Jawa, bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh peminatnya.

Manakala Corat Coret di segmen keempat pula akan memeriahkan program bual bicara ini Perbincangan terhadap tajuk perbincangan sama seperti dalam segmen Betul Tak? tetapi kali ini bersama tetamu mingguan. Antara tetamu yang akan hadir di studio adalah; Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn

Segmen kelima yang digelar Lagu Merapu yang diadaptasi daripada segmen di slot Sinar Pagi ini menampilkan Salih menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu yang dialih bahasa ke bahasa Inggeris dengan mengekalkan melodi dan rentak asal lagu tersebut.

Antara lagu yang akan dialih bahasa adalah; Ayam (Jalil Hamid), Angkat Kaki (Sheeda), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan), Si Manis 17 (Jaafar Onn ), Memburu Impian (Kristal), Cinta Tak Kenal Siapa, (Aris Ariwatan) dan Fiona (AC Mizal)

Keseluruhan rancangan Salih Yaccob Show I Follow ini diiringi dari awal hingga akhir oleh Band Galapagos yang terdiri dari Zul bermain keyboard, DjYY - gitar, Omara - Marakas/tamborin/shaker dan Chik - Bonggo/Konga Drum/Kahoon.

Semoga anda semua terhibur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan