Persembahan Galapagos

Rabu, Oktober 14, 2009

YY Dalam Rakaman Album GALAPAGOS




Deejay YY atau nama sebenarnya Yassier Yusof, Dj RTM Pulau Pinang (Mutiara FM) yang tidak asing lagi di Utara. Beliau juga dikenali sebagai seorang penyanyi dan pengacara disamping kebolehannya bermain muzik. Bersama-sama GALAPAGOS, YY telah diberi kesempatan oleh Omara Production dan Komposer Md. Din As-Sallam merakamkan beberapa buah lagu baru dalam album yang bercorak jenaka ini.

Gambar YY ketika sedang merakamkan lagu di Studio Md. Din As-Sallam baru-baru ini. Album GALAPAGOS dijangka akan berada di pasaran mulai Disember ini. Sebelum ini sebuah lagu raya 'Salam Hari Raya' dari GALAPAGOS telah ke udara di radio-radio menghiasi suasana hari raya yang baru berlalu.

Sabtu, Oktober 03, 2009

GALAPAGOS dalam Nasi Kandar Papdom



GALAPAGOS yang ditubuhkan lebih kurang lapan bulan yang lalu pada mulanya terdiri dari pelakon-pelakon sketsa komedi siri 'Nasi Kandar Papdom' yang ke udara di Radio Malaysia Mutiara FM sejak empat tahun yang lalu.

Chik, YY dan Omara adalah pelakon tetap siri ini sejak ianya mula diterbitkan. YY selaku penerbit menamakan kumpulan ini GALAPAGOS. Selain dari 'Nasi Kandar Papdom', Kumpulan ini juga kerap muncul dalam iklan dan promo di radio.

Gambar: Kumpulan GALAPAGOS sedang membuat rakaman dalam rancangan 'Nasi Kandar Papdom'. Terdiri dari YY - penyanyi utama dan pemain gitar, CHIK - Pelawak/sketsa/pemain bongo dan OMARA - Sketsa dan pemain marakas.