
16 Januari 2011 - MALAM INI JAM 8.00 saksikan kami GALAPAGOS di depan Pasaraya Mydin, Bukit Jambul, P. Pinang...
Selamat Menonton....

16 Januari 2011 - MALAM INI JAM 8.00 saksikan kami GALAPAGOS di depan Pasaraya Mydin, Bukit Jambul, P. Pinang...
Selamat Menonton....






GALAPAGOS yang baru muncul dengan album terbaru awal tahun 2010 ini tiba-tiba mendapat kepercayaan dari penyanyi/pelakon/pengacara Omar Arif dari Ibukota. Beberapa kali Omar menyatakan hasratnya inginkan sebuah lagu yang berirama boria untuk diabadikan dalam album terbarunya, akhirnya menjadi kenyataan apabila saya (Omara) minta komposer Mat Din mencipta sebuah lagu berirama boria untuknya dan lirik ditulis oleh saya sendiri.
Akhirnya Omar telah menguruskan rakaman album ini dimana GALAPAGOS yang terdiri dari Dj YY, Chik, Omara dan udangan khas Zulkipli sebagai sailor atau penyanyi latar dalam album ini. Lagu 'Boria Aidil Fitri' telah menggunakan rakaman muzik live dengan pemuziknya yang tidak asing lagi dari Malaysia dan Indonesia iaitu; Indre - Piano/Keyboard. Albert Yap - bass. Percassion - Asma. Drum - Frankie dan juga Khalid.
Lagu ini akan berkumandang sempena sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ini dan seterusnya. Menurut Omar salah satu tujuannya untuk memartabatkan boria sebagai kesenian warisan yang tidak asing lagi untuk diperkenalkan ke Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri.
WAJAH Omar Arif sering terpampang di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pembaca berita suatu ketika dulu. Malah suara garaunya menjadi satu tarikan kepada penonton RTM.
Jadi tidak hairanlah Omar, sering diundang mengacarakan beberapa bual bicara, konsert dan dokumentari terbitan RTM dan Astro.
Antaranya ialah Getaran Khas, Konsert Di-Raja Orkestra RTM (2003-2005), Point of View (Oktober hingga Disember 2003), KL 01 (2001), Moving On 2 (1997-2001), Momentum dan Late Nite Chats.
Sebelum ini Omar telah menghasilkan album mini yang berjudul 'Omar Arif The Singles' itu telah dikeluarkan oleh Cakrawala Enterprise Sdn Bhd, manakala penerbit album pula ialah Albert Yap. Dua buah lagu single - 'Satu' dan 'Bila' telah dimuatkan di dalam album itu.
Drama tersebut menyaksikan Omar berlakon sebagai anak orang kaya yang bermasalah bersama pelakon handalan seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Mustafa Kamal.
Omar juga pernah membintangi teater muzikal 'Jalan Impian - The Musical' (2005) oleh Farah Sulaiman, sinetron Indonesia 'Syurga Di Tapak Kaki Ibu' (2004) sebanyak 13 episod, drama Thailand 'Sweet Surrender' (1991) sebanyak 26 episod dan filem Thailand 'My Friend A Love Story' (1991) yang diarahkan oleh Kittichak Prim.
Sama sama kita tunggu lagu Omar Arif bersama GALAPAGOS ini....


GALAPAGOS akan mengendalikan acara dan membuat persembahan di Majlis Makan Malam Malaysia Smelting Corp. Bhd. bertempat di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 5hb. Disember 2009 ini.
Selain lagu-lagu dari album terbaru yang baru disiapkan, GALAPAGOS juga akan menghiburkan penonton dengan aneka lagu-lagu dulu dan sekarang secara santai serta sketsa-sketsa jenaka dari YY, Chik dan Omara.
Orkestra P. Ramlee bersama artis-artisnya juga akan turut membuat persembahan pada malam tersebut disamping persembahan tarian-tarian kebudayaan dari Kumpulan Budayasari Pulau Pinang. Konsep persembahan malam tersebut ialah - 1 Malaysia.



















