Persembahan Galapagos
Jumaat, November 25, 2011
Sabtu, November 12, 2011
Khamis, November 10, 2011
CD Galapagos dan Lirik Jom Jom Pusing

Terima kasih kepada semua yang telah memiliki CD Galapagos.
![]() |
| Hang Mokhtar, salah seorang yang turut memilikinya. |
Sabtu, Oktober 22, 2011
Sabtu, Oktober 08, 2011
Lirik Mencari Bidadari





Lirik – Mencari Bidadari
Mencari terus mencari
Mendamba cinta abadi
Yang hadir di dalam mimpi
Menjelmalah kau bidadari
Mencari masih mencari
Sinaran kasih abadi
Yang murni tulus dan suci
Secantikmu bidadari
Kurindu bisikan syahdu
Penawar resah kalbuku
Kuingin mendampingimu
Menempuh ranjau berliku
Di mana kau bidadari
Hadirlah kau bidadari
Di sini aku menanti
Pengubat jiwa yang sunyi
Sesungguhnya kau bidadari
Hadirmu bukannya mimpi
Aku masih tega di sini
Mencari mu bidadari
Akhirnya kutemui pasti
Kau bukan sekadar mimpi
Bersatu mengalas janji
Bersamamu oh Bidadari...
Nyanyian: Dj YY Galapagos
Lagu: Zulkipli Omar Lirik: Yassuri
Terbitan: Omar Hashim Omara
Lagu dari Telemovie 'Mencari Bidadari'
Isnin, Oktober 03, 2011
Galapagos di Queensbay P. Pinang 21 Oktober 2011
Saksikan kami GALAPAGOS di Ekspo Beli Barangan Malaysia pada 21 Oktober 2011 bertempat di Queensbay, P. Pinang. Masuk percuma!
Jumaat, September 09, 2011
Rabu, Ogos 03, 2011
Galapagos beraksi di setiap episod rancangan Salih Yaccob Show I Follow di Astro Warna






Salih Yaacob, 50, kini muncul dalam sebuah rancangan bual bicara yang dikemudikan olehnya sendiri menerusi program Salih Yaacob Show... I Follow.
Apa yang pasti program bual bicara bercorak hiburan itu telah bersiaran di Astro Warna (saluran 132) selama satu jam setiap hari Jumaat, jam 9 malam, bermula 8 Julai 2011 lalu.
Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob berkata peluang untuk mengemudikan rancangannya sendiri merupakan peluang yang baik buat peminat untuk mendekati dan mengenailinya lebih mendalam.
"Pada mula Astro menawarkan saya untuk membuat talk show ni pun saya ingat saya dah malas dan rasa seperti sudah terlambat. Yelah, usia saya pun sudah lanjut. Namun bila difikirkan balik, apa salahnya. Lagipun saya selalu menerima permintaan daripada peminat-peminat saya yang mahu saya muncul dalam sebuah rancangan bual bicara seperti ini."Ini bukan sahaja peluang yang baik untuk saya memberi hiburan kepada orang ramai dan peminat, malah secara tidak langsung saya dapat mengekalkan popularity radio Sinar FM yang sudah berada di radio rating no. 1 Malaysia," tambahnya lagi.
Program Salih Yaacob Show, I Follow yang akan berlangsung selama 52 episod ini bakal menampilkan ramai selebriti serta terbahagi kepada lima segmen kesemuanya.
Segmen pertama, dikenali sebagai I Follow. Pada segmen ini, pelbagai persembahan membuka tirai pada setiap episod. Persembahan setiap episod berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Antara persembahan yang akan muncul dalam program itu adalah Raja Badli Shah (FreeStyler Footbal) Shakeel (Yoyo) Muaz (Beatbox) Nadarajan & Nadia (India Dance) Odyssey (Breakdance) Persatuan Silat Olahraga (Silat Olahraga) DJ EJIEZ (DJ OKU) dan Amirul (Backpipe).
Segmen Betul Tak? mewarnai segmen kedua Salih Yaacob Show, I Follow. Antara segmen yang utama dalam program ini ialah segmen corat coret. Pada setiap episod, Salih akan berceloteh dengan side kicknya, Mek Kelata atau Nik Sayyidah tentang topik yang dibincangkan. Antara tajuk perbincangan adalah seperti; Rezeki Ramadhan, XXL...Susah Cari Kerja?, Tiba-Tiba Popular, Lembut Tapi Beranak, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan?
Segmen ketiga pula adalah Kembang Sa-Taman. Salih Yaacob akan memberi nasihat berdasarkan surat-surat peminat yang diberikan kepadanya. Salih akan muncul dalam pelbagai watak seperti Mak Neng, Abang Jem dan Wak Jawa, bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh peminatnya.
Manakala Corat Coret di segmen keempat pula akan memeriahkan program bual bicara ini Perbincangan terhadap tajuk perbincangan sama seperti dalam segmen Betul Tak? tetapi kali ini bersama tetamu mingguan. Antara tetamu yang akan hadir di studio adalah; Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn
Segmen kelima yang digelar Lagu Merapu yang diadaptasi daripada segmen di slot Sinar Pagi ini menampilkan Salih menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu yang dialih bahasa ke bahasa Inggeris dengan mengekalkan melodi dan rentak asal lagu tersebut.
Antara lagu yang akan dialih bahasa adalah; Ayam (Jalil Hamid), Angkat Kaki (Sheeda), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan), Si Manis 17 (Jaafar Onn ), Memburu Impian (Kristal), Cinta Tak Kenal Siapa, (Aris Ariwatan) dan Fiona (AC Mizal)
Keseluruhan rancangan Salih Yaccob Show I Follow ini diiringi dari awal hingga akhir oleh Band Galapagos yang terdiri dari Zul bermain keyboard, DjYY - gitar, Omara - Marakas/tamborin/shaker dan Chik - Bonggo/Konga Drum/Kahoon.
Semoga anda semua terhibur.
Jumaat, Mei 27, 2011
GALAPAGOS di Salih Yaccob Show I Follow Astro Warna




Kumpulan GALAPAGOS telah diundang menjadi pemuzik utama di sepanjang rancangan SALIH YACCOB SHOW I FOLLOW terbitan Astro disamping mengiringi artis artis undangan. Buat masa ini sebanyak 20 siri telah selesai dirakamkan di Studio Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya baru baru ini.InsyaAllah sambungan 32 siri lagi menjadikannya semua 52 siri akan dibuat pada bulan September ini. Kumpulan GALAPAGOS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penerbit dan semua yang terlibat dan memberikan kepercayaan kepada kami. Rancangan ini dijangka akan mula disiarkan di Astro Warna mulai bulan Julai ini.
Sama sama kita saksikan nanti.
Rabu, April 13, 2011
Galapagos di Perlis Indera Kayangan

10 April 2011 -
GALAPAGOS telah diundang buat persembahan di Pertandingan Nyanyian Lagu 60an Loghat Tempatan/Utara terbitan Perlis FM yang berlangsung di Bangunan KWSP, Kangar, Perlis Indera Kayangan.
Persembahan yang bermula dari jam 10.00 pagi berakhir pada jam 5 petang telah menarik ramai penonton dan peserta-peserta pertandingan tersebut.
Galapagos buat kejutan dengan menyampaikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Zainal Alam iaitu 'Susu Mambo' dimana anak bungsu Allahyarham Zainal Akhiruddin menyampaikan sendiri lagu ini. Persembahan Galapagos diselang-selikan dengan pertandingan tersebut.
Ahad, Mac 20, 2011
GALAPAGOS bersama Datuk Siti Nurhaliza di Astro Ria 19 Mac 2011
Kumpulan GALAPAGOS telah muncul dalam rancangan Bersama Siti di Astro Ria jam 9.00 malam Sabtu 19hb. Mac 2010.Khamis, Februari 17, 2011
Galapagos bersama Dato Siti Nurhaliza di Astro Ria Februari 2011

Ahad, Januari 16, 2011
16 Januari 2011 GALAPAGOS di Bkt Jambul, P. Pinang

16 Januari 2011 - MALAM INI JAM 8.00 saksikan kami GALAPAGOS di depan Pasaraya Mydin, Bukit Jambul, P. Pinang...
Selamat Menonton....
Khamis, September 23, 2010
Jadual Persembahan Galapagos Akan Datang

GALAPAGOS - PERSEMBAHAN AKAN DATANG:
Selasa, Ogos 31, 2010
GALAPAGOS Bersama Omar Arif ke Perlis FM dan Kedah FM

GALAPAGOS bersama Omar Arif telah ke Perlis FM dan Kedah FM pada 29 Ogos 2010 lalu. Di Perlis FM mereka disambut oleh Dj Mohd. Shah Syah dan Dj Zura. Kemudian pula ke Kedah FM dan disambut oleh Tengku Abdullah, Faridah Mansur, Dj Ed Kota, Dj Sha, Dj Zaida dan beberapa orang lagi.
Selasa, Ogos 17, 2010
Ahad, Ogos 08, 2010
Omar Arif Rakam Lagu Irama Boria dengan GALAPAGOS




GALAPAGOS yang baru muncul dengan album terbaru awal tahun 2010 ini tiba-tiba mendapat kepercayaan dari penyanyi/pelakon/pengacara Omar Arif dari Ibukota. Beberapa kali Omar menyatakan hasratnya inginkan sebuah lagu yang berirama boria untuk diabadikan dalam album terbarunya, akhirnya menjadi kenyataan apabila saya (Omara) minta komposer Mat Din mencipta sebuah lagu berirama boria untuknya dan lirik ditulis oleh saya sendiri.
Akhirnya Omar telah menguruskan rakaman album ini dimana GALAPAGOS yang terdiri dari Dj YY, Chik, Omara dan udangan khas Zulkipli sebagai sailor atau penyanyi latar dalam album ini. Lagu 'Boria Aidil Fitri' telah menggunakan rakaman muzik live dengan pemuziknya yang tidak asing lagi dari Malaysia dan Indonesia iaitu; Indre - Piano/Keyboard. Albert Yap - bass. Percassion - Asma. Drum - Frankie dan juga Khalid.
Lagu ini akan berkumandang sempena sambutan hari raya Aidil Fitri tahun ini dan seterusnya. Menurut Omar salah satu tujuannya untuk memartabatkan boria sebagai kesenian warisan yang tidak asing lagi untuk diperkenalkan ke Indonesia, Singapura dan Malaysia sendiri.
WAJAH Omar Arif sering terpampang di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai pembaca berita suatu ketika dulu. Malah suara garaunya menjadi satu tarikan kepada penonton RTM.
Jadi tidak hairanlah Omar, sering diundang mengacarakan beberapa bual bicara, konsert dan dokumentari terbitan RTM dan Astro.
Antaranya ialah Getaran Khas, Konsert Di-Raja Orkestra RTM (2003-2005), Point of View (Oktober hingga Disember 2003), KL 01 (2001), Moving On 2 (1997-2001), Momentum dan Late Nite Chats.
Sebelum ini Omar telah menghasilkan album mini yang berjudul 'Omar Arif The Singles' itu telah dikeluarkan oleh Cakrawala Enterprise Sdn Bhd, manakala penerbit album pula ialah Albert Yap. Dua buah lagu single - 'Satu' dan 'Bila' telah dimuatkan di dalam album itu.
Drama tersebut menyaksikan Omar berlakon sebagai anak orang kaya yang bermasalah bersama pelakon handalan seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) dan Mustafa Kamal.
Omar juga pernah membintangi teater muzikal 'Jalan Impian - The Musical' (2005) oleh Farah Sulaiman, sinetron Indonesia 'Syurga Di Tapak Kaki Ibu' (2004) sebanyak 13 episod, drama Thailand 'Sweet Surrender' (1991) sebanyak 26 episod dan filem Thailand 'My Friend A Love Story' (1991) yang diarahkan oleh Kittichak Prim.
Sama sama kita tunggu lagu Omar Arif bersama GALAPAGOS ini....
Selasa, Julai 13, 2010
Album Terbaru Galapagos

Album Galapagos Telah Masuk Pasaran Seluruh Malaysia Hari 14 April 2010.
Bagi Peminat Di Pulau Pinang boleh terus dapatkan Album sulung kami di Artist Record Sdn Bhd , Jalan Dato Kramat ...Pengedar Utama Album Di Kawasan Utara
Terbitan Omara Production ...Edaran Insitech Musicland. Atau dapatkan menerusi Omara 0134220091 atau MY GALAPAGOS ENTERTAINMENT 0195251938
Selasa, November 17, 2009
Galapagos Akan Buat Persembahan Di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas

GALAPAGOS akan mengendalikan acara dan membuat persembahan di Majlis Makan Malam Malaysia Smelting Corp. Bhd. bertempat di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 5hb. Disember 2009 ini.
Selain lagu-lagu dari album terbaru yang baru disiapkan, GALAPAGOS juga akan menghiburkan penonton dengan aneka lagu-lagu dulu dan sekarang secara santai serta sketsa-sketsa jenaka dari YY, Chik dan Omara.
Orkestra P. Ramlee bersama artis-artisnya juga akan turut membuat persembahan pada malam tersebut disamping persembahan tarian-tarian kebudayaan dari Kumpulan Budayasari Pulau Pinang. Konsep persembahan malam tersebut ialah - 1 Malaysia.



















