Persembahan Galapagos

Sabtu, Jun 20, 2009

Kumpulan GALAPAGOS



Setelah lebih tiga tahun Kumpulan Nasi Kandar Papadom ke udara di Radio Malaysia Mutiara FM Pulau Pinang akhirnya penerbitnya Yassier Yusof atau YY telah mewujudkan Kumpulan GALAPAGOS yang turut disertai oleh pelakon tetap siri komedi bermesej ini iaitu Chin, Chik, Pak Umaq dan Din. YY sebagai Chin yang gemar menyanyi dan pemain gitar, Rosely Abdullah sebagai Chik pemain bongo dan Omar M. Hashim (Omara) saya sendiri sebagai Pak Umaq tokeh kedai Nasi Kandar Papadom dan pemain marakas.

Saya gembira kerana usaha menubuhkan kumpulan ini akhirnya berjaya. Nama 'GALAPAGOS' diberikan oleh Dejay YY secara sepontan ketika rakaman Nasi Kandar Papadom di Studio RTM Pulau Pinang (Mutiara FM) tidak lama dulu. Saya menyediakan sebuah gitar, bongo, marakas dan sebuah gitar lagi dari RockyDin. Kami juga telah membuat beberapa buah 'jingle' radio untuk Mutiara FM. Kadangkala kami bermain secara sepontan di Kantin RTM tujuan untuk memantapkan lagi persembahan.

GALAPAGOS!

Jumaat, Jun 19, 2009

Galapagos Di Bintang Klasik Zon Utara 2009


Kumpulan GALAPAGOS di Malam Pertandingan Bintang Klasik Zon Utara 2009 yang telah berlangsung di Hotel Sri Malaysia Kepala Batas, Seberang Perai pada 12 Jun 2009 baru-baru ini. Kumpulan GALAPAGOS telah mengendalikan acara malam tersebut yang juga disiarkan secara langsung ke stesyen-stesyen radio utara iaitu Langkawi FM, Perlis FM, Kedah FM, Mutiara FM, Perak FM dan Klasik Nasional. GALAPAGOS memperkenalkan peserta dan penyanyi undangan secara santai sambil menyanyi, bermain muzik dan berjenaka.


GALAPAGOS terdiri dari Pelawak/Pelakon/Pemuzik: Chik, Pelakon/Pemuzik: Omara, Pengacara/Penyanyi/Pemuzik: Dejay YY dan Penyanyi/Pemain Muzik: RockyDin