Persembahan Galapagos

Isnin, September 24, 2012

Galapagos di Sepanjang Hari Raya 2012

Persembahan di Hotel Equatorial Penang untuk deligasi luar negara anjuran Secretary of Penang State Goverment
Dari kiri - Zulkipli Omar, Een, DjYY, Aida Elias, Chik dan Omara
Galapagos di Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Rela Malaysia dan Jamuan Hari Raya di Tapak Pesta, Pulau Pinang
Mengiringi Hail Amir dalam Majlis Makan Malam Silatulrahim Hari Raya Aidil Fitri anjuran Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG) di Gurney Hotel, Pulau Pinang
Galapagos mengiringi penyanyi Najib Haniff di Gurney Hotel, Pulau Pinang

Selasa, Februari 28, 2012

GALAPAGOS di Pulau Tioman Pahang Buat Persembahan





Kumpulan GALAPAGOS bertolak jam 4 petang pada 23 Februari 2012 ke Mersing, Johor. Bermalam di Mersing dan keesokkannya pada 24 Februari kami menaiki feri menuju ke Pulau Tioman.

Kami disambut di Jetty Tioman dan dibawa ke Berjaya Tioman Resort. Petangnya kami buat latihan persembahan hingga ke malam.


Pada Ahad 25 Februari, kami buat latihan dengan penyanyi Aris Ariwatan dan Pelawak/Penyanyi/Pelakon Imuda yang sampai dengan penerbangan dari Kuala Lumpur.

Persembahan di Dewan Berjaya Tioman Resort berlangsung pada sebelah malam khas untuk Malam Jalinan Mesra Sempena Hari Warga Kerja Uda Land (North) Sdn. Bhd tahun 2012.







Khamis, Januari 05, 2012

Galapagos di Pesta Pulau Pinang 2011






Persembahan GALAPAGOS di Pesta Pulau Pinang pada 2 Disember 2011. 
Dari kiri - Zulkipli Omar, DjYY, Din-Assalam dan Omara

Khamis, November 10, 2011

CD Galapagos dan Lirik Jom Jom Pusing


Terima kasih kepada semua yang telah memiliki CD Galapagos.


JOM JOM PUSING - Galapagos
 
Jom Jom pusing, bersama-sama
Seluruh Malaysia, lokasi utama
Tempat menarik, lagi ternama
Boria GALAPAGOS, ceria irama
Boria GALAPAGOS, ceria irama

Perlis Kedah, Perak Pulau Pinang
Sawah tasik, dan gunung ganang
Nak mai ke sini, memanglah senang
Keindahan di utara, terus dikenang
Keindahan di utara, terus dikenang

Kuala Lumpur, Selangor Putera Jaya
Siangnya hebat, malam bercahaya
Pesat membangun, di kota raya
Masyarakat harmoni, berbagai gaya
Masyarakat harmoni, berbagai gaya

Negeri Sembilan Johor, juga Melaka
Tempat menarik, ramai yang suka
Budaya warisan, indah belaka
Pelbagai kaum, bangsa merdeka
Pelbagai kaum, bangsa merdeka

Pahang Terengganu, juga Kelantan
Mengadap ke Laut, Cina Selatan
Pantai Timur, indah kelihatan
Abadikan kenangan, dalam ingatan
Abadikan kenangan, dalam ingatan

Malaysia Timur, Sarawak dan Sabah
Suku kaum, jalinkan muhibbah
Gunung tinggi, sungai dan lembah
Boria GALAPAGOS, salam disembah
Boria GALAPAGOS, salam disembah

Lagu: Mat Din
Lirik: Omar M. Hashim (Omara)
Hang Mokhtar, salah seorang yang turut memilikinya.

Sabtu, Oktober 22, 2011

Dari kiri: Omar Hashim Omara, Chik Pak Man Telo, Dj YY dan Zulkipli Omar







Persembahan Galapagos di EKSPO BELI BARANGAN MALAYSIA ZON UTARA 2011 DI QUEENSBAY, Pulau Pinang Pada 21 Oktober 2011.










Sabtu, Oktober 08, 2011

Lirik Mencari Bidadari






Lirik – Mencari Bidadari


Mencari terus mencari

Mendamba cinta abadi

Yang hadir di dalam mimpi

Menjelmalah kau bidadari

Mencari masih mencari

Sinaran kasih abadi

Yang murni tulus dan suci

Secantikmu bidadari

Kurindu bisikan syahdu

Penawar resah kalbuku

Kuingin mendampingimu

Menempuh ranjau berliku

Di mana kau bidadari

Hadirlah kau bidadari

Di sini aku menanti

Pengubat jiwa yang sunyi

Sesungguhnya kau bidadari

Hadirmu bukannya mimpi

Aku masih tega di sini

Mencari mu bidadari

Akhirnya kutemui pasti

Kau bukan sekadar mimpi

Bersatu mengalas janji

Bersamamu oh Bidadari...


Nyanyian: Dj YY Galapagos

Lagu: Zulkipli Omar Lirik: Yassuri

Terbitan: Omar Hashim Omara

Lagu dari Telemovie 'Mencari Bidadari'

Isnin, Oktober 03, 2011

Galapagos di Queensbay P. Pinang 21 Oktober 2011

Saksikan kami GALAPAGOS di Ekspo Beli Barangan Malaysia pada 21 Oktober 2011 bertempat di Queensbay, P. Pinang. Masuk percuma!

Rabu, Ogos 03, 2011

Galapagos beraksi di setiap episod rancangan Salih Yaccob Show I Follow di Astro Warna







Salih Yaacob, 50, kini muncul dalam sebuah rancangan bual bicara yang dikemudikan olehnya sendiri menerusi program Salih Yaacob Show... I Follow.

Apa yang pasti program bual bicara bercorak hiburan itu telah bersiaran di Astro Warna (saluran 132) selama satu jam setiap hari Jumaat, jam 9 malam, bermula 8 Julai 2011 lalu.

Penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob berkata peluang untuk mengemudikan rancangannya sendiri merupakan peluang yang baik buat peminat untuk mendekati dan mengenailinya lebih mendalam.

"Pada mula Astro menawarkan saya untuk membuat talk show ni pun saya ingat saya dah malas dan rasa seperti sudah terlambat. Yelah, usia saya pun sudah lanjut. Namun bila difikirkan balik, apa salahnya. Lagipun saya selalu menerima permintaan daripada peminat-peminat saya yang mahu saya muncul dalam sebuah rancangan bual bicara seperti ini.

"Ini bukan sahaja peluang yang baik untuk saya memberi hiburan kepada orang ramai dan peminat, malah secara tidak langsung saya dapat mengekalkan popularity radio Sinar FM yang sudah berada di radio rating no. 1 Malaysia," tambahnya lagi.

Program Salih Yaacob Show, I Follow yang akan berlangsung selama 52 episod ini bakal menampilkan ramai selebriti serta terbahagi kepada lima segmen kesemuanya.

Segmen pertama, dikenali sebagai I Follow. Pada segmen ini, pelbagai persembahan membuka tirai pada setiap episod. Persembahan setiap episod berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri. Antara persembahan yang akan muncul dalam program itu adalah Raja Badli Shah (FreeStyler Footbal) Shakeel (Yoyo) Muaz (Beatbox) Nadarajan & Nadia (India Dance) Odyssey (Breakdance) Persatuan Silat Olahraga (Silat Olahraga) DJ EJIEZ (DJ OKU) dan Amirul (Backpipe).

Segmen Betul Tak? mewarnai segmen kedua Salih Yaacob Show, I Follow. Antara segmen yang utama dalam program ini ialah segmen corat coret. Pada setiap episod, Salih akan berceloteh dengan side kicknya, Mek Kelata atau Nik Sayyidah tentang topik yang dibincangkan. Antara tajuk perbincangan adalah seperti; Rezeki Ramadhan, XXL...Susah Cari Kerja?, Tiba-Tiba Popular, Lembut Tapi Beranak, Jarak Usia, Kaki Shopping dan Wanita Susah Cari Pasangan?

Segmen ketiga pula adalah Kembang Sa-Taman. Salih Yaacob akan memberi nasihat berdasarkan surat-surat peminat yang diberikan kepadanya. Salih akan muncul dalam pelbagai watak seperti Mak Neng, Abang Jem dan Wak Jawa, bergantung kepada masalah yang dihadapi oleh peminatnya.

Manakala Corat Coret di segmen keempat pula akan memeriahkan program bual bicara ini Perbincangan terhadap tajuk perbincangan sama seperti dalam segmen Betul Tak? tetapi kali ini bersama tetamu mingguan. Antara tetamu yang akan hadir di studio adalah; Nadia Mustaffa, Enot, Usop Wilcha, Jaafar Onn, Aziz M Osman, AC Mizal dan Linda Onn

Segmen kelima yang digelar Lagu Merapu yang diadaptasi daripada segmen di slot Sinar Pagi ini menampilkan Salih menyanyikan lagu-lagu berbahasa Melayu yang dialih bahasa ke bahasa Inggeris dengan mengekalkan melodi dan rentak asal lagu tersebut.

Antara lagu yang akan dialih bahasa adalah; Ayam (Jalil Hamid), Angkat Kaki (Sheeda), Kalau Berpacaran (Sohaimi Meor Hassan), Si Manis 17 (Jaafar Onn ), Memburu Impian (Kristal), Cinta Tak Kenal Siapa, (Aris Ariwatan) dan Fiona (AC Mizal)

Keseluruhan rancangan Salih Yaccob Show I Follow ini diiringi dari awal hingga akhir oleh Band Galapagos yang terdiri dari Zul bermain keyboard, DjYY - gitar, Omara - Marakas/tamborin/shaker dan Chik - Bonggo/Konga Drum/Kahoon.

Semoga anda semua terhibur.

Jumaat, Mei 27, 2011

GALAPAGOS di Salih Yaccob Show I Follow Astro Warna





Kumpulan GALAPAGOS telah diundang menjadi pemuzik utama di sepanjang rancangan SALIH YACCOB SHOW I FOLLOW terbitan Astro disamping mengiringi artis artis undangan. Buat masa ini sebanyak 20 siri telah selesai dirakamkan di Studio Filem Negara Malaysia, Petaling Jaya baru baru ini.

InsyaAllah sambungan 32 siri lagi menjadikannya semua 52 siri akan dibuat pada bulan September ini. Kumpulan GALAPAGOS mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penerbit dan semua yang terlibat dan memberikan kepercayaan kepada kami. Rancangan ini dijangka akan mula disiarkan di Astro Warna mulai bulan Julai ini.

Sama sama kita saksikan nanti.